CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 3, 2009

Kenapa Penakut dikatakan Aku menanti masa yang sesuai?

Assalamualaikum,


1. Manusia, makhluk yang cukup sinonim dalam memberi alasan yang pelbagai.

2. Hal ini berlaku apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara itu bukan atas dasar Allah bersama kita. Kita merasakan ada perkara lain yang lebih penting selain Allah(dan masalahnya kita jarang menyedari)

3. Alasan jugalah menjadi tapak permainan syaitan dalam melambatkan usaha dakwah berkembang. Makhluk yang tiada berputus asa ini sentiasa menimbulkan syak dalam hati kita dalam setiap tindakan kita. Dan kita selalu bertanya, betulkah tindakan aku ini(walaupun telah jelas dan nyata tindakan tersebut baik). Dan ToK mempersoalkan, define your words?

4. Hah, hanya diri sendiri dan Allah yang mengetahui samaada anda memberi alasan atau benar itu tindakan anda. Ikhlas itu boleh diibaratkan sepertti mencari semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap. Keraplah tanya Allah kerana Dia Maha Mengetahui.

psss: walaupun anda berada dalam kecelaruan dalam result yang bakal menjelma...

anda mungkin pening dengan mesejnya, ambil intipatinya dan cuba hubungkan, maka anda akan mengetahui gambaran yang cuba ku lukiskan...

0 comments: