CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 13, 2009

Perang Salib


Pembunuhan Terhadap Umat Islam Berterusan.


Malah lebih hebat apabila umat Islam dibunuh di masjid.

Bukan lagi disorokkan, tetapi pembunuhan secara terbuka.

Teliti kes-kes berikut,


Iraq Sunni leader assassinated at mosque

The mosque in Yarmouk, Baghdad
Mr Obeidi gunned down at Al-Shawaf mosque in western Baghdad

The head of Iraq's Sunni parliamentary bloc has been assassinated at a mosque in the capital, in an attack that has killed at least four other people.

Harith al-Obaidi, a human-rights advocate, was shot as he left a mosque in the Yarmouk area of western Baghdad.

Iraqi police said a teenager carried out the attack. He was shot dead by a guard as he tried to escape.

Prime Minister Nouri Maliki has said violence is likely to increase before Iraq's general election next year.

Mr Obaidi was the leader of Iraq's Accordance Front. A university professor with a doctorate in Islam, he had just finished delivering the sermon at Friday prayers.

Iraqi police said the youth opened fire as worshippers began to leave the mosque, killing Mr Obaidi and one of his body guards. He then threw a hand grenade to cover his escape, causing further casualties.

The BBC's Jim Muir in Baghdad says the assumption will be that this attack was carried out by insurgents from Mr Obeidi's own Sunni community, who have often targeted Sunnis involved with the government.


Kes Ke -2 from : http://news.bbc.co.uk/2/hi/in_pictures/8097730.stm


"At least four people died in Nowshera when an explosives-laden vehicle ploughed into a mosque during Friday prayers-causing the roof of the mosque fall in. Scores were injured, and a local hosptial appealed for blood."

Dan kes yang paling hampir dengan kita di Selatan Thailand

source: http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/8090107.stm


Ten killed in Thai mosque attack

An injured man outside a hospital in the Cho-i-Rong distrist of Narathiwat, Thailand
Police say the gunmen opened fire on worshippers at a mosque

Suspected militants carrying assault rifles have killed at least 10 people and wounded 12 more in a mosque in southern Thailand, police say.

Gunmen opened fire on worshippers during evening prayers in the mosque in troubled Narathiwat province. The local imam was among the dead, reports said.

Three other attacks in Narathiwat this week have left three people dead.

More than 3,700 people have died during a five-year insurgency in southern Thailand's mainly Muslim provinces.

"They opened fire indiscriminately at about 50 worshippers inside the mosque," a police official said to AFP on condition of anonymity.

He said up to five gunmen entered the mosque in Cho-ai-rong district through the back door, although an army spokesman said there were two attackers who entered from separate entrances.

Flare-up

The attack comes amid a flare-up of violence in the troubled province in the last week.

Map

Earlier in the day, suspected militants shot dead a rubber tapper in Rangae district and several soldiers were injured in a bomb blast in the neighbouring Rueso district, Reuters news agency reported.

Last week two people were killed in another attack by suspected militants in the province.

Previous attacks in the region, which borders Malaysia, have been blamed on Muslim insurgents.

But they tend to target people perceived to be collaborating with the Bangkok government, or to try to force Buddhist residents from the area and establish an Islamic state.

Thailand annexed the three southern provinces - Narathiwat, Yala and Pattani - in 1902, but the vast majority of people there are Muslim and speak a Malay dialect, in contrast to the Buddhist Thai speakers in the rest of the country.



Sunday, May 31, 2009

Mencari sang penulis

Saya mendapati blog ini terlalu sawang. Walaupun namanya laman sesawang, janganlah membiarkannya bersawang. Oleh itu saya yang kurang berilmu ni pun coretlah sebanyak mana ilmu yang saya ada dalam laman sesawang ni.


Apa yang dimaksudkan dengan kebenaran. Ia merupakan satu objek yang cukup subjektif yang tak dapat ditafsirkan dalam bentuk gelombang magnetik oleh mata mahupun dalam bentuk-bentuk lain yang sahih melalui pancaindera manusia yang terhad ini. Oleh itu banyaklah penafsiran oleh manusia tentang erti kebenaran. Daripada penyembahan patung yang tiada memberi manfaat dan tiada memberi mudharat sehinggalah kepada penyembahan kepada semangat yang hanya kelihatan pada orang yang fanatik. Kita pun yang dikatakan umat Islam hari ini pun tiada bezanya. Ramai antara umat Islam sendiri hari ini ada yakin sedemikian. Sebagai contoh yang cukup mudah yang selalu pelajar muslimin dengar time Ziarah dari bilik ke bilik:
"Kita hari ini berada dalam bilik ini berasa sejuk bukan kerana kipas, tapi kerana Allah yang beri sejuk", si pendengar mendengar kemudian menimbulkan perasaan konflik dalam dirinya dengan monolog dalaman: "Ele, kalau tak de kipas ni panas seperti cacing kerawet yang terkena antibiotik kau". (Mungkin dakwaan aku terlalu ekstrim)
Perkara yang paling simple, asas pembinaan kualiti seorang muslim pun kita ambil acuh tak acuh. Macam mana pula kita canangkan kita nak mmbawa dakwah kebenaran kepada orang kafir. Sedangkan kebenaran dalam diri kita pun masih samar tampaknya.
Yakin kita pun kadang-kadang goyah lagi. Kita yakin bahawa kita mampu menakluki dunia dengan penguasaan terhadap pemerintahan dunia dan sebagainya. Dan kita juga yakin bahawa umat islam hari ini tidak dapat mengalahkan Israel sekiranya kita tidak bersatu. Selain itu, apabila kita telah berjaya, kita katakan ini adalah kerana disiplin aku dalam melakukan kerja. Ini adalah ayat-ayat asas yang acap kali kita guna namun tiada antara kita yang ingin mengkonflikkan diri dengan ayat sedmikian. Mungkin inilah yang dikatakan penyakit wahan yang umat kita tiada sedari. Cara mengesan:
1. "Mana boleh, kalau kita pakai jubah jalan kat KLCC mesti orang pandang pelik dan usaha dakwah kita takkan berjaya"
2. "Serius, kalau cakap berterabur orang lagi jauh usaha dakwah"
3. "Cakap benda yang sama je setiap hari, konfem mad'u akan bosan"

Bukanlah bermaksud disini kita tiada perlu menjaga perkara-perkara ini, yang aku anggap sebagai keduniaan yang bersifat simplistik. Tapi, kita perlu lakukan kajian dalam setiap langkahan dan gerakatur kita sebagai tanda penghambaan kita kepada Allah S.W.T. Dalam memastikan setiap langkahan yang diambil kita itu selamat dari sisi Allah, disinilah kita perlu mencari dan menunaikan hak para Ulama. Ulama disini berperanan seperti Dewan Negara yang memperhalusi setiap gerak kerja yang bakal diambil oleh kita(Dewan Rakyat).

Yakinlah Tuan-tuan bahawa apabila kita ingat Allah sentiasa kita akan lebih banyak diam kena pada tempat daripada bercakap sentiasa, melawak tak tentu hala. Yakinlah bahawa Allah yang mengurniakan segalanya dan usaha kita itu tiada memberi kesan. Yakinlah segala ketakwarasan dunia yang berlaku hari ini adalah kerana salah kita tiada membawa usaha Dakwah secara menyeluruh. Kau yang membaca warkah ini yang terpahat di hati kalimah La Ilaha Illallah membawa tanggungjawab yang sama.

ps: Yakinlah jua bahawa ayat dalam surat itu tiada boleh mengubah hati sesiapa melainkan dengan izin Allah, Yakinlah juga bahawa cara anda mendekati seseorang itu tiada menyebabkan dia terkesan untuk menyintai dan menyukai anda walau sesaat tanpa Izin dari Allah.
manusia itu lemah dan tiada terlepas dari kesalahan termasuklah juga penulis ini. Mohon keampunan dari Allah.

Friday, April 17, 2009

Menongkah Sesuai dengan Dasarnya

Setiap dai'e perlu tahu ini. Ia perkara asas dalam menghampiri manusia dan dalam melaksanakan manhaj taghyir yang di bawa Hasan al-Banna, semuanya dari sirah Rasulullah s.a.w. yang mulia. Bukan semberono kita bertemu dan menyeru manusia. Dalam melalui situasi masyarakat yang pelbagai rupa, dai'e perlu jelas tentang jalan menongkah badai kebiasaan dan adat masyarakat. Satu isu yang perlu di beri perhatian adalah tingkap kita melihat lahan dan tribulasi da'wah, dan di mana hendak kita turunkan sauh agar dapat kita berlabuh di tempat yang terbaik.

Untuk memahami perkara ini, mari kita lihat secara ringkas dua kisah dalam sirah Nabi s.a.w. terkait perkara ini.

Kisah pertama adalah insiden seorang arab badwi yang masuk ke masjid kemudian membuang air kecil di salah satu tiang masjid. Sebaik melihat tindakannya, para sahabt bergegas ingin menghentikannya, namun dihentikan oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda menyuruh agar diselesaikan urusannya itu. Baginda s.a.w. bersabda, "Kamu diutuskan untuk memudahkan dan kamu tidak diutus untuk menyusahkan". Kemudian baginda s.a.w. menyuruh pula sahabat untuk menjirus tempat najis itu dengan sebaldi air.

Dalam kisah yang lain pula, kita kembali mengingat kisah tiga orang lelaki yang datang bertemu Aisyah r.a. dan bertanyakan tentang amal Nabi s.a.w. Setelah mendengarnya, mereka merungut tentang amal mereka yang tidak seberapa lantas bertekad engan satu tidak mahu tidur, hanya bersolat sepanjang malam, yang satu mahu puasa berpanjangan, yang ketiga tidak mahu berkahwin, mahu beribadah sepanjang hayat. Mengetahui ini, Rasulullah s.a.w. memanggil mereka bertiga, kemudian bertanya apakah mereka mengatakannya, lantas menjelaskan bahawa baginda adalah hamba Allah yang paling taat, namun baginda tidak bertindak seperti yang mereka katakan. Lantas baginda menyatakan bahawa barangsiapa yang menolak sunnahnya, maka mereka bukan dari golongannya(muslim).

Dari dua peristiwa di atas, dua perkara yang perlu kita analisa sebelum mengaitkannya dengan intisari penulisan ini.

Pertama, bentuk tindakan dari dua pelaku dalam peristiwa di atas. Si arab badwi telah melanggar adab di dalam masjid, sedang tiga lelaki tadi telah mengusulkan untuk iltizam dengan amalan yang baik.

Keduanya adalah reaksi Nabi s.a.w. terhadap kedua pelaku tersebut. Si badwi tidak ditegah oleh Nabi, sebaliknya dibiarkan sehingga selesai, sekalipun tindakannya itu biadap. Sedang tiga lelaki itu ditegah dari melakukan iltizam mereka, kemudian di tambah pula bahawa sekiranya mereka meninggalkan sunnah Nabi s.a.w, maka mereka bukan lagi dari golongan muslim.

Mengambil nilai dari peristiwa di atas secara umum, dapat kita petik bahawa Nabi s.a.w. menghukum sesuai dengan dasar kedua peristiwa di atas. Si badwi melakukan kesalahan dalam segi adab, yang mana pemulihannya memadai dengan teguran dan memberitahu. Tidak diisi pula dengan kenyataan keluar dari kelompok muslim kerana mencemari masjid Nabi s.a.w. Jika difikirkan kembali, tindakannya itu pasti akan menimbulkan kebencian yang besar sekiranya berlaku hari ini. Silap haribulan, dibelasahnya orang itu.

Bagi tiga lelaki itu pula, kenyataan Nabi yang terakhir itu mengajar kita betapa beratnya akibat jika meninggalkan sunnah Nabi s.a.w. Dalam kes mereka secara khusus, mereka mengusulkan iltizam yang amat baik pada zahirnya, namun dari segi fitrah manusia, ia amatlah membebankan. Isu utama yang perlu difahami di sini adalah kesilapan kefahaman mereka terhadap ibadah dalam islam. Dari suatu sudut, tindakan mereka itu adalah tindakan kerahiban. Nilai fitrah manusia ditentang sehabisnya, hingga mengekang. Sekiranya kefahaman tersebut tidak dibetulkan segera, dengan penegasan(baca: hukuman) yang setimpal, maka kefahaman umat terhadap islam umumnya dan ibadah di dalam islam khususnya akan bercelaru.

Dari sini, perlu kita fahami bahawa tindakan yang kita ambil, perlulah atas desakan dari dasar perkara atau isu tersebut. Secara tidak sedar, inilah sifat tabi'i dalam menangani perubahan. Sesuatu perkara diselesaikan berkadaran dengan hakikatnya yang sebenar, bukan dari zahirnya sahaja.

Mengaitkan pengajaran ini dalam usaha da'wah fardhiyah, setiap dai'e harus faham tentang dasar lahan da'wah yang dihadapinya. Setiap kerangka peribadinya, latar belakang kehidupannya dan tindakannya yang menyusul perlu dihakimi dengan baik. Kesan dari tindakan dai'e dalam usaha memulihkannya banyak bergantung kepada sejauhmana illaj itu tepat dengan isu yang dihadapi. Persepsi dan pandangan kita terhadap kesilapan mereka perlu ditimbang dengan baik, mengambil kira tidak hanya zahir buruknya perbuatan mereka, tetapi juga dasar terlahirnya satu-satu perbuatan itu.

Begitu juga bagi murabbi, mutarabbi perlu difahami isu yang mereka hadapi. Apakah berkenaan jiwanya, atau fizikalnya, atau fikrahnya, atau lain? Tindak balas harus merawat dasarnya, bukan menutup zahirnya.

Melihat pula dari proses taghyir, perkara ini seringkali menjadi konflik. Perubahan mendasar merupakan satu dari langkah penting dan tabi'i dalam proses taghyir. Tarbiyah dari individu tidak dapat tidak perlu diusahakan dengan tekun dan komited. Unjuran kita untuk membentuk masyarakat muslim perlu disedari bahawa masyarakat itu terdiri dari individu. Hanya individu yang iltizam akan mampu menjadi pengasas kepada masyarakat islam yang iltizam pula. Jadi apabila kita berusaha ke arah islah, langkah tabi'i adalah untuk bertindak sesuai dengan isu dasar. Begitulah juga keadaan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. semasa bermulanya da'wah di Mekah. Persiapan yang mendasar, akhirnya melahirkan satu generasi yang unik dan perkasa.

Melihat pula pada usaha islah yang ada kini di serata dunia, perlu kita analisa kembali dengan teliti, apakah proses taghyir itu melalui langkah tabi'i ini ataukah ia melangkah-langkah agar segera terlihat islam gemilang pada zahirnya?


http://penapistola.wordpress.com

http://bahantarbiyyah.info

Saturday, March 21, 2009

Ibtida' Yang Murni



Bismillahirrahmanirrahim...

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri)'?" [Fussilat, 41 : 33]

Ibtida' yang murni, bak petikan daripada blog mantan Presiden, bermaksud permulaan yang murni. Ya, ini baru permulaan kepada usaha bagi menyampaikan kebenaran, di mana kebenaran itu mungkin sukar diperolehi di dunia luar sana.

Kerana media dikuasai oleh Yahudi laknatullah.
Kerana minda kita dikongkong oleh situasi Jahiliyyah.
Kerana kita sendiri yang tidak mahu mencari.

Justeru, ini merupakan suatu tanggungjawab dari pihak kami, untuk menyebarkan kebenaran. Hal ini adalah kerana mereka yang mengetahui kebenaran tetapi tidak menyampaikannya, dilaknat oleh Allah Taala, seperti yang difirmankan-Nya berikut:

"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Qur'an), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh mereka yang melaknat." [Al-Baqarah, 2 : 159]


Maka, sudah gentarkah jiwa-jiwa yang membaca? Anda sudah pasti tahu akan kebenaran yang disebut-sebut itu kan? Jadi, apa lagi, sebarkanlah, kerana, dengan setiap usaha penyebaran kebenaran, dan pemansuhan kebatilan, atau dalam perkataan lainnya, iaitu DAKWAH akan diredhai Allah dan akan dijanjikan kemenangan oleh-Nya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad, 47 : 7]

"Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin." [As-Saff, 61 : 13]

"...lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang." [As-Saff, 61 : 14]


Maka, apa yang ditunggu lagi wahai pembaca? Sesungguhnya Allah menyediakan jalan dan panduan untuk kita menyebarkan kebenaran. Justeru, gunakanlah segala wasilah yang ada untuk menyebarkan kebenaran.

Sesungguhnya perjalanan kita jauh, demi mengejar sinar di hujung destinasi....