Bismillahirrahmanirrahim...
Ya sahabat-sahabat sekalian...
Dahulu kita semua di bawah satu bumbung, bumbung KMB tercinta...
Di situ kita membina diri kita, dita'aruf dengan hakikat Islam yang sebenar...
Dilaksanakan proses takwin dengan didikan yang khusus dan mantap...
Dan kita jua telah melaksanakan proses tanfiz, yang, biarpun tidak seberapa mana, namun, sekecil-kecil usaha kita itu mungkin disisi-Nya amat besar sekali. Kita tidak tahu bukan?
"Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
[At-Taubah, 9 : 111]
Di'note'kan bahawa perkataan MEMBELI itu telah dihighlightkan. Mengapa?
Di dunia ini, kita sesama manusia semestinya sering terlibat dalam suatu urusan yang dipanggil "business". Dalam "business" itu, kita semestinya mahukan yang terbaik yang dapat digapai, tidak begitu? Tidak ada sesiapa pun yang mahu "business"nya rugi mahupun bankrap.
Kalaulah dengan manusia kita sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan "business" kita berjaya, apatah lagi "business" kita dengan Allah? Dalam ayat tersebut Allah memberikan indikator bahawa Dia MEMBELI daripada orang-orang mukmin. Ya, MEMBELI, bukannya mengambil begitu sahaja.
Kalaulah Syed Qutb mengatakan bahawa berinteraksi dengan Allah melalui ayat-ayat-Nya itu adalah suatu nikmat yang besar, apatah lagi apabila Allah memberikan kita motivasi sebegitu rupa? Justeru, secara teorinya, kita seharusnya mempunyai suatu motivasi untuk bergerak, ber"business" dengan Allah.
Justeru, penulis tidak ingin memanjangkan bicara, kerana para pembaca sudah pasti mendapat mesejnya di sini.
Dedikasi kepada semua:
Di mana sekalipun kita, di Eropah, di USA, di Malaysia, mahupun di mana-mana sekalipun...bertebaranlah kamu menyebarkan risalah-Nya! Ameen.