Saya mendapati blog ini terlalu sawang. Walaupun namanya laman sesawang, janganlah membiarkannya bersawang. Oleh itu saya yang kurang berilmu ni pun coretlah sebanyak mana ilmu yang saya ada dalam laman sesawang ni.
Apa yang dimaksudkan dengan kebenaran. Ia merupakan satu objek yang cukup subjektif yang tak dapat ditafsirkan dalam bentuk gelombang magnetik oleh mata mahupun dalam bentuk-bentuk lain yang sahih melalui pancaindera manusia yang terhad ini. Oleh itu banyaklah penafsiran oleh manusia tentang erti kebenaran. Daripada penyembahan patung yang tiada memberi manfaat dan tiada memberi mudharat sehinggalah kepada penyembahan kepada semangat yang hanya kelihatan pada orang yang fanatik. Kita pun yang dikatakan umat Islam hari ini pun tiada bezanya. Ramai antara umat Islam sendiri hari ini ada yakin sedemikian. Sebagai contoh yang cukup mudah yang selalu pelajar muslimin dengar time Ziarah dari bilik ke bilik:
"Kita hari ini berada dalam bilik ini berasa sejuk bukan kerana kipas, tapi kerana Allah yang beri sejuk", si pendengar mendengar kemudian menimbulkan perasaan konflik dalam dirinya dengan monolog dalaman: "Ele, kalau tak de kipas ni panas seperti cacing kerawet yang terkena antibiotik kau". (Mungkin dakwaan aku terlalu ekstrim)
Perkara yang paling simple, asas pembinaan kualiti seorang muslim pun kita ambil acuh tak acuh. Macam mana pula kita canangkan kita nak mmbawa dakwah kebenaran kepada orang kafir. Sedangkan kebenaran dalam diri kita pun masih samar tampaknya.
Yakin kita pun kadang-kadang goyah lagi. Kita yakin bahawa kita mampu menakluki dunia dengan penguasaan terhadap pemerintahan dunia dan sebagainya. Dan kita juga yakin bahawa umat islam hari ini tidak dapat mengalahkan Israel sekiranya kita tidak bersatu. Selain itu, apabila kita telah berjaya, kita katakan ini adalah kerana disiplin aku dalam melakukan kerja. Ini adalah ayat-ayat asas yang acap kali kita guna namun tiada antara kita yang ingin mengkonflikkan diri dengan ayat sedmikian. Mungkin inilah yang dikatakan penyakit wahan yang umat kita tiada sedari. Cara mengesan:
1. "Mana boleh, kalau kita pakai jubah jalan kat KLCC mesti orang pandang pelik dan usaha dakwah kita takkan berjaya"
2. "Serius, kalau cakap berterabur orang lagi jauh usaha dakwah"
3. "Cakap benda yang sama je setiap hari, konfem mad'u akan bosan"
Bukanlah bermaksud disini kita tiada perlu menjaga perkara-perkara ini, yang aku anggap sebagai keduniaan yang bersifat simplistik. Tapi, kita perlu lakukan kajian dalam setiap langkahan dan gerakatur kita sebagai tanda penghambaan kita kepada Allah S.W.T. Dalam memastikan setiap langkahan yang diambil kita itu selamat dari sisi Allah, disinilah kita perlu mencari dan menunaikan hak para Ulama. Ulama disini berperanan seperti Dewan Negara yang memperhalusi setiap gerak kerja yang bakal diambil oleh kita(Dewan Rakyat).
Yakinlah Tuan-tuan bahawa apabila kita ingat Allah sentiasa kita akan lebih banyak diam kena pada tempat daripada bercakap sentiasa, melawak tak tentu hala. Yakinlah bahawa Allah yang mengurniakan segalanya dan usaha kita itu tiada memberi kesan. Yakinlah segala ketakwarasan dunia yang berlaku hari ini adalah kerana salah kita tiada membawa usaha Dakwah secara menyeluruh. Kau yang membaca warkah ini yang terpahat di hati kalimah La Ilaha Illallah membawa tanggungjawab yang sama.
ps: Yakinlah jua bahawa ayat dalam surat itu tiada boleh mengubah hati sesiapa melainkan dengan izin Allah, Yakinlah juga bahawa cara anda mendekati seseorang itu tiada menyebabkan dia terkesan untuk menyintai dan menyukai anda walau sesaat tanpa Izin dari Allah.
manusia itu lemah dan tiada terlepas dari kesalahan termasuklah juga penulis ini. Mohon keampunan dari Allah.